
JAKARTA – Pasukan bomba dan penyelamat di Kulon Progo, Indonesia berdepan situasi luar jangka apabila menerima panggilan kecemasan hanya untuk membuka penutup botol minuman (tumbler) milik seorang pelajar universiti.
Insiden itu berlaku di Balai Bomba dan Penyelamat Wates dan tular selepas rakaman dimuat naik di Instagram oleh akaun @harianjogja.
Menerusi video tersebut, beberapa anggota bomba dilihat berusaha membuka penutup botol yang terlalu ketat sehingga sukar ditanggalkan, sekali gus mencuri perhatian ramai di media sosial.
Usaha 15 Minit Buka Penutup Botol
Menurut Ketua Badan Pengurusan Bencana Wilayah (BPBD) Kulon Progo, Raden Chris, pelajar wanita berusia 19 tahun itu sebelum ini sudah meminta bantuan rakan-rakan serta pengawal keselamatan, namun masih gagal membuka penutup berkenaan.
“Proses untuk membuka penutup tumbler itu mengambil masa kira-kira 10 hingga 15 minit,” katanya.
Rakaman tersebut setakat ini meraih lebih 87,000 tontonan dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Rata-rata netizen turut berseloroh dan menganggap situasi itu sebagai bukti bahawa anggota bomba sentiasa bersedia membantu dalam apa jua keadaan, tidak kira besar atau kecil masalah yang dihadapi. – The Malaysian Update
The post Bomba Dipanggil Buka Penutup Tumbler, Pelajar Universiti Buntu Minta Bantuan appeared first on The Malaysian Update.






![Sifat Suka Membantu Jadi Sebab Keluarga Arwah Muhammad Syukri Teruskan Proses Pendermaan Organ [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/04/penderma-organ_2.jpg?t=1777261938)