Bot ditahan tarik pukat di kawasan tidak dibenarkan

LocalPolitics
8 Feb 2025 • 4:28 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Sebuah bot nelayan tempatan yang disyaki menangkap ikan dengan menarik pukat di kawasan jarak tidak dibenarkan, ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Maritim Tawau jam 2.15 petang, pada Khamis.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, bot tersebut yang dijurangani seorang lelaki dan dua awak-awak warga Indonesia berumur 30 hingga 45 tahun, ditahan kira-kira 1.5 batu nautika barat daya Sungai Umas Umas.

AdvertisementMenurutnya, aktiviti mereka berjaya dikesan bot peronda Maritim Malaysia yang menjalankan Op Pluto Timur dan Op Tiris ketika sedang menjalankan aktiviti menarik pukat berhampiran kawasan daratan kira-kira 1.5 batu nautika barat daya Sungai Umas Umas.

“Pemeriksaan lanjut ke atas bot terbabit mendapati mereka disyaki melanggar syarat sah lesen dengan menarik pukat pada jarak yang tidak dibenarkan.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Juragan, awak-awak, bot serta muatan hasil laut ditahan lalu diiring ke Jeti Zon Maritim Tawau dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Zon Maritim Tawau untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, kes itu disiasat di bawah Akta Perikanan 1985.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Shahrizan berkata, kesemua barangan termasuk bot nelayan, pukat dan muatan hasil laut disita dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah lebih RM76, 000.

Mengulas lanjut, katanya, pihaknya menerima keluhan dari nelayan pantai yang terjejas dengan kehadiran bot pukat tunda yang melanggar syarat sah lesen dengan menarik pukat berhampiran daratan.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Ini kerana, katanya, ativiti menarik pukat boleh merosakkan ekosistem laut, merosakkan peralatan menangkap ikan nelayan kecil dan aktiviti perikanan nelayan- nelayan tradisional di kawasan pantai.

Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai membantu Maritim Malaysia dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah atau aktiviti mencurigakan di laut ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di 089-750116 atau talian kecemasan 999.