Pemandu van bawa 4 juta pil meth bernilai RM24 juta ditahan

31 Aug 2026 • 1:04 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pemandu van bawa 4 juta pil meth bernilai RM24 juta ditahan

BANGKOK – Seorang pemandu van ditahan selepas cuba menghantar 4 juta pil methamphetamine (meth) bernilai kira-kira 200 juta baht (RM24 juta) kepada pelanggan di timur laut Thailand, lapor akhbar Bangkok Post. 

Tangkapan dibuat selepas polis menerima maklumat risikan bahawa satu penghantaran dadah dalam jumlah besar sedang berlaku dari sempadan ke kawasan pedalaman menggunakan sebuah van berdaftar di Bangkok. 

Polis Chanuman melakukan pengawasan di sepanjang jalan menghubungkan Ban Hin Siw dan Ban Na Yang sebelum menahan sebuah van jenis Volkswagen yang sepadan dengan maklumat risikan. 

“Pemandunya cuba melarikan diri, namun dikejar sebelum kami berjaya memintas van tersebut  dan menahan suspek dikenali sebagai Kriengkrai yang berusia 54 tahun. 

“Pemeriksaan ke atas van membawa kepada penemuan 10 guni berisi 4 juta pil meth yang dianggarkan bernilai 200 juta baht di pasaran gelap,” kata pegawai penyiasat, Leftenan Kolonel (polis) Komsan Khamwan di Balai Polis Chanuman kelmarin. 

Suspek mengaku diupah seorang lelaki warga Laos dikenali sebagai Mr Ta untuk mengambil dadah berkenaan dan menghantarnya kepada pelanggan di kawasan pedalaman. 

Suspek didakwa atas kesalahan memiliki dadah Kategori 1 dengan niat untuk pengedaran.

Polis sedang memperluaskan siasatan untuk mengenal pasti individu lain yang terlibat dalam sindiket pengedaran dadah itu. – AGENSI

 

The post Pemandu van bawa 4 juta pil meth bernilai RM24 juta ditahan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved