“Tak Melantun Acah Acah Gertak Nak Saman, Dia Susun Jari Minta Maaf” – Ammar Nazhan Dibandingkan Dengan Khairul Aming

26 Sep 2023 • 12:59 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular kisah tentang Youtuber Ammar Nazhan yang mahu mencari dan memfailkan saman terhadap jirannya yang dikatakan mereka cerita tentang dia dan rakan-rakan.

Ammar atau dikenali sebagai Am dalam kalangan pengikutnya turut mendakwa jirannya membayar media untuk menjatuhkan reputasinya.

image is not available 23 hours ago

'Youtuber' Gertak Nak Saman, Jiran T20 Langsung Tak Cuak - "Bring It On! Kami Dah Simpan Semua Bukti"

Dalam pada itu, Ammar turut dibandingkan dengan pempengaruh terkenal Khairul Aming daripada segi menghadapi konflik sebegini.

Menerusi Facebook, Khairul Aming dipuji kerana tidak menggelabah sebaliknya melalui kontroversi dengan tenang malah merendahkan diri meminta maaf.

Seperti yang diketahui, pemilik SambalNyet itu pernah dilanda kontroversi berpunca daripada bekas pembantu peribadinya dan dia kemudian memohon maaf dan membetulkan keadaan.

Bab influencer ni, contohilah Khairul Aming. Dia juga tak lepas dengan ujian kontroversi. Apa dia buat? Melantun acah acah gertak nak saman? Tidak. Dia minta maaf, betulkan keadaan. Apa jadi? Orang makin respek dan kagum.

Hantaran itu mendapat perhatian dan ramai bersetuju dengan pendapat tersebut dengan mengatakan Khairul Aming memang layak mendapat penghormatan sebegitu.

Sesetengah individu berkata anak jati Kelantan itu berjaya sehingga ke tahap ini kerana memiliki pendidikan, adab serta akhlak yang baik.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved