MSM kembali catat untung bersih RM23 juta namun hasil susut kepada RM608 juta bagi 2QFY26

Business & Finance
24 Aug 2026 • 2:10 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

MSM kembali catat untung bersih RM23 juta namun hasil susut kepada RM608 juta bagi 2QFY26 Image from: MSM kembali catat untung bersih RM23 juta namun hasil susut kepada RM608 juta bagi 2QFY26 amree24/08/2026 - 14:10 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 24 OgosMSM Malaysia Holdings Berhad kembali mencatatkan keuntungan bersih RM23 juta bagi suku kedua tahun kewangan 2026 (2QFY26) berbanding kerugian bersih RM30 juta setahun lalu, namun hasil kumpulan menyusut ketara kepada RM608 juta daripada RM813 juta.

 

Pencapaian itu menunjukkan pemulihan keuntungan yang dipacu oleh margin yang bertambah baik serta pengurangan perbelanjaan operasi, walaupun harga jualan purata (ASP) dan jumlah jualan lebih rendah terus menekan hasil.

 

Pengeluar gula bertapis jenama Gula Prai itu berkata, keuntungan sebelum cukai (PBT) bagi 2QFY26 turut kembali positif kepada RM35 juta berbanding kerugian sebelum cukai (LBT) RM23 juta yang direkodkan pada tempoh sama tahun sebelumnya.

 

"Bagi tempoh enam bulan pertama 2026 (1H26), MSM mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) RM5 juta berbanding kerugian selepas cukai (LAT) RM26 juta, manakala PBT naik kepada RM23 juta daripada LBT RM15 juta," jelasnya dalam kenyataan.

 

Bagaimanapun ujarnya, hasil sepanjang 1H26 merosot kepada sebanyak RM1.16 bilion daripada RM1.56 bilion pada tempoh sama tahun lalu, terutamanya disebabkan faktor ASP dan jumlah jualan yang lebih rendah.

 

Walaupun hasil menurun, MSM berkata margin keuntungan kasar bertambah baik berikutan daripada tumpuan kepada produk bermargin lebih tinggi dan gabungan jualan yang semakin menguntungkan.

 

MSM Malaysia_DagangNews2026

 

"Dari segi operasi, kumpulan terus melaksanakan pendekatan pengeluaran berdasarkan permintaan dengan menyelaraskan output mengikut keadaan pasaran dan pertimbangan margin," jelasnya lagi.

 

Kadar penggunaan kapasiti MSM berada pada 39% bagi 1H26 berbanding 48% pada 1H25, manakala kumpulan turut mendapat manfaat daripada harga gula mentah, pergerakan kadar pertukaran mata wang asing (forex) dan kos pengangkutan yang lebih rendah.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dr Aini Shahar berkata, walaupun kembali mencatatkan keuntungan pada 2QFY26 merupakan perkembangan positif, hasil dan kadar penggunaan kapasiti masih berada di bawah paras tempoh sama tahun sebelumnya.

 

Beliau berkata, kumpulan kini memberi keutamaan kepada produk bermargin lebih tinggi dalam pasaran domestik, di samping mengoptimumkan gabungan produk dan strategi jualan serta mengekalkan disiplin kos bagi melindungi keuntungan.

 

"Melangkah ke hadapan, industri gula akan terus berdepan cabaran tekanan kos dan persaingan gula import, sambil kumpulan bekerjasama dengan kerajaan bagi memuktamadkan rangka kerja penetapan harga yang mampan demi memastikan kelangsungan industri gula domestik dan makanan negara," katanya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved