Buat Inisiatif ‘Geng Subuh Macam Jumaat’, Alif Satar Dipuji Netizen

Entertainment
4 Dec 2023 • 4:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Muhammad Alif Mohd Satar atau lebih dikenali sebagai Alif Satar merupakan seorang selebriti serba boleh yang berbakat dalam bidang nyanyian, pengacaraan serta lakonan.

Bukan itu sahaja, Alif Satar juga merupakan seorang yang sering menggunakan media sosialnya untuk memberikan pengetahuan tentang senaman serta kecergasan.

Terbaru, juga menggunakan media sosial, pelantun lagu Sesungguhnya Aku itu memulakan satu inisiatif yang dipanggil Geng Subuh Macam Jumaat di mana dia menyeru pengikutnya di media sosial untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah di masjid.

@itsalifsatar

Hari Ahad,5:30am, 3 disember. Masjid Bukit Damansara @ saidina umar.. #GengSubuhMacamJumaat

♬ original sound – alifsatar – alifsatar

Dalam pada itu, Alif juga berkongsi di Instagram miliknya video dan gambar yang memaparkan suasana solat Subuh di Masjid Bukit Damansara selepas dia mengumumkan berkenaan inisiatif tersebut.

“Semoga menjadi ikutan ramai”

Inisiatif yang dilakukan oleh pengacara itu disambut baik oleh para netizen dan rata-rata memujinya serta kagum dengan ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ yang diterajunya itu.

image is not available

Selain itu, menerusi kapsyen dalam posting yang sama, Alif turut mengajak pelajar-pelajar sekolah untuk turut serta dengannya dalam solat Subuh secara berjemaah untuk mendapat ‘ganjaran’.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.