
JAKARTA – Seekor buaya berukuran kira-kira 4.4 meter yang sebelum ini menyerang seorang penduduk ketika membaiki paip air di kawasan Gang Durian, wilayah Kalimantan Timur akhirnya ditangkap oleh pihak berkuasa tempatan, lapor saluran berita Radar Kaltim.
Proses penangkapan reptilia gergasi itu dijalankan oleh Pasukan Laskar Kebangkitan Kutai (LKK) pada Ahad lalu kira-kira jam 5.04 pagi (waktu tempatan).
Menurut media tempatan, buaya bersaiz gergasi itu ditangkap selepas gerakan pencarian dan usaha pemindahan secara intensif dilakukan di sekitar lokasi kejadian.
Ekoran insiden tersebut, penduduk yang tinggal atau menjalankan aktiviti harian di sekitar kawasan aliran sungai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada.
Orang ramai turut digesa mengelakkan sebarang aktiviti di tepi sungai, terutamanya pada waktu malam hingga subuh bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berulang.- AGENSI
The post Buaya gergasi panjang lebih 4 meter masuk perangkap appeared first on Kosmo Online.

![[VIDEO] ‘Kepada pencuri air, hidup kau tak akan aman’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-22-at-5.20.42-PM-1024x768.jpeg)




