Lubang gergasi muncul tepi jalan, sembur air macam ombak

Environment
5 Sep 2026 • 8:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lubang gergasi muncul tepi jalan, sembur air macam ombak

JAKARTA – Seorang wanita di Bengkulu Utara, wilayah Bengkulu terkejut apabila menemui sebuah lubang gergasi yang  tiba-tiba muncul dan menyemburkan air, lapor laman berita Kompas. 

Lubang berdiameter 5 meter itu muncul berhampiran jalan di Desa Pasar Ketahun, baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @socialfeed_id menunjukkan air memancut keluar dari lubang berkenaan secara berkala seperti ombak. 

Penghulu Desa Pasar Ketahun, Septa Irawan berkata, lokasi lubang itu terletak kira-kira 50 meter dari sebuah pantai.

“Air yang tersembur keluar itu masin dan jaraknya dengan pantai mencapai sekitar 50 meter,” kata Septa. 

Septa berharap agar pihak berkuasa dapat menutup lubang kerana bimbang berlakunya kemalangan jiwa atau kecederaan. – AGENSI

The post Lubang gergasi muncul tepi jalan, sembur air macam ombak appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved