Buaya lepas mayat ibu lepas dikepung penduduk

11 Aug 2026 • 3:59 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Buaya lepas mayat ibu lepas dikepung penduduk

MIRI – Seorang wanita warga emas maut selepas dibaham buaya ketika sedang mencari siput bersama anaknya di sebuah anak sungai berhampiran Sungai Suai, Batu Niah di sini, hari ini.

Mangsa, Sambai Anak Anggah, 78, dipercayai disambar reptilia berkenaan ketika berada di dalam perahu dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan, ketika kejadian, anak mangsa berada di dalam sungai pada jarak kira-kira satu meter dari perahu.

“Anak mangsa menyaksikan sendiri buaya menyambar ibunya yang berada di dalam perahu.

“Buaya kemudian mengheret mangsa sejauh kira-kira 10 meter dari perahu sebelum melepaskannya selepas dikepung oleh penduduk kampung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut JBPM, mangsa kemudiannya ditemukan penduduk kampung dalam keadaan terapung sebelum dibawa ke jeti berhampiran.

Katanya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah yang tiba di lokasi pada pukul 11.58 pagi menjalankan pemantauan dan mendapati keadaan selamat serta terkawal.

Operasi melibatkan lima anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) selain dibantu lima anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi ditamatkan pada pukul 1.45 tengah hari. – KOSMO! ONLINE

The post Buaya lepas mayat ibu lepas dikepung penduduk appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved