Wanita warga emas maut disambar buaya ketika mencari siput

11 Aug 2026 • 4:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Wanita warga emas maut disambar buaya ketika mencari siput
Seorang wanita warga emas berusia 78 tahun maut disambar dan diheret buaya ketika mencari siput di sungai berhampiran Batu Niah. - Gambar hiasan

MIRI - Seorang wanita warga emas berusia 78 tahun maut disambar dan diheret buaya ketika mencari siput bersama dengan anak perempuannya di sungai berhampiran Batu Niah hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan kejadian berlaku berhampiran simpang sebelum Jambatan Suai ketika Sambai Anggah berada di atas perahu manakala anaknya di dalam sungai, hanya kira-kira satu meter daripada mangsa.

"Anak mangsa menyaksikan sendiri buaya berkenaan tiba-tiba menyambar ibunya dan mengheret mangsa kira-kira 10 meter dari perahu.

"Penduduk kampung yang menyedari kejadian itu bertindak mengepung buaya berkenaan sehingga buaya tersebut melepaskan mangsa, yang kemudiannya dibawa naik ke jeti,” menurut kenyataan itu.

Menurut JBPM Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.26 pagi sebelum lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah tiba di lokasi kira-kira 30 minit selepas itu.

Operasi ditamatkan pada 1.45 tengah hari dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - Bernama

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved