Buaya muncul di Sungai Sitiawan

LocalEnvironment
25 Sep 2026 • 2:34 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Buaya muncul di Sungai Sitiawan

LUMUT – Penduduk di sekitar Kampung Sitiawan dan kawasan berhampiran di sini menzahirkan kebimbangan apabila kelibat seekor buaya dipercayai dirakam di Sungai Sitiawan berhampiran Kg. Acheh di sini.

Menerusi satu rakaman yang tular di Facebook, dapat dilihat kelibat seekor haiwan dipercayai buaya sedang berenang di sungai berkenaan.

Menurut pengguna Facebook, Nor Adlina, dipercayai buaya tersebut pernah dilihat oleh komuniti nelayan sebelum ini namun saiznya ketika itu masih kecil.

“Ini dah besar panjang. Bahaya kalau turun ke laut, harap semua nelayan berhati-hati,” katanya di ruangan komen video berkenaan.

Seorang lagi pengguna media sosial tersebut, Mohd. Kamal Shah berkata, dia berharap pihak berkaitan dapat menangkap buaya tersebut.

“Kena tangkap buaya ini sebab takut menyebabkan kematian kepada orang yang dibaham. Perhilitan kena ambil tindakan segera,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Buaya muncul di Sungai Sitiawan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved