Wanita dipukul lelaki tidak dikenali dalam LRT

25 Sep 2026 • 9:37 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Wanita dipukul lelaki tidak dikenali dalam LRT

PETALING JAYA: Seorang wanita dipercayai dipukul seorang lelaki yang tidak dikenali ketika berada di dalam tren Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya di Wangsa Maju dekat sini pada 22 September lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 6.35 petang pada hari berkenaan.

“Susulan laporan tersebut, kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Sharifah Khadijah Syed Rohani menerusi Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-9289 9258 atau 03-9289 9222.

“Maklumat juga boleh disalurkan menerusi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Terdahulu, seorang pengguna Thread @ekin.mokhtar mendakwa ditumbuk lelaki tidak dikenali dalam LRT Kelana Jaya antara Stesen Dato Keramat- Jelatek pada 22 September lalu.

Mangsa mendakwa ditumbuk di muka dan kepala oleh lelaki tersebut.- UTUSAN

The post Wanita dipukul lelaki tidak dikenali dalam LRT appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved