“Bukan baru balik umrah ke?” – Hadir Upacara Keagamaan Hindu, Netizen Persoal Tindakan Shah Rukh Khan

Entertainment
27 Sep 2023 • 11:51 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Siapa yang tak kenal dengan pelakon lejen dari Bollywood, Shah Rukh Khan? Umum mengetahui bahawa Shah Rukh Khan atau SRK ini merupakan seorang yang beragama Islam dan mempunyai isteri yang beragama Hindu.

Hujung tahun lepas juga, SRK dilihat telah melakukan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah ketika menjalani penggambaran sebuah filem bertajuk Dunki di Arab Saudi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by . (@bollywoodarab.fc2)

SRK hadir majlis di rumah bilionair, dilihat dekati berhala?

Pun begitu, baru-baru ini tular di X sebuah video memaparkan SRK hadir ke sebuah majlis keagamaan Hindu dan mendekati berhala yang ada di situ.

Menurut Indian Express, pelakon filem terkenal itu datang bersama keluarganya ke sebuah majlis yang dihoskan bilionair terkenal, Mukesh Ambani dan isterinya, Nita Ambani yang menyambut festival Ganesh Chaturthi.

Selain Shah Rukh Khan, pelakon Bollywood terkenal lain seperti Deepika Padukone, Aishwarya Rai dan Salman Khan juga difahamkan hadir ke majlis tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Viral Bhayani (@viralbhayani)

“Tolong bawak isteri dan anak je dekat situ kot”

Video yang tular itu telah membuatkan rata-rata peminat mempersoal tindakan Shah Rukh Khan yang dikatakan menganut agama Islam itu.

Walau bagaimanapun, ada yang berfikiran positif dan menganggap mungkin pelakon itu tidak terbabit dengan sebarang aktiviti lain dan hanya membawa anak serta isterinya sahaja ke majlis itu.

image is not available

Kita husnuzon jelah kan. Mungkin SRK ada jawapannya yang tersendiri.

Sumber: X, Indian Express

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.