Bukan gambaran sebenar kualiti – Cheng Hoe

LocalFootball
21 Aug 2026 • 9:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bukan gambaran sebenar kualiti – Cheng Hoe

Image from: Bukan gambaran sebenar kualiti – Cheng Hoe

PENGENDALI Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe percaya kekalahan 0-4 secara agregat Harimau Malaya kepada Vietnam, kelmarin tidak menggambarkan kualiti sebenar yang dimiliki skuad negara.

Bagaimanapun, Cheng Hoe tidak mahu ambil sikap menuding jari dan menyalahkan pemain sedia ada sebaliknya yakin keputusan mampu menjadi lebih baik sekiranya berjaya mengumpulkan tonggak utama skuad negara.

“Sudah pasti sebagai jurulatih, saya tetap rasa bangga dengan pemain muda yang kami ada sekarang. Mereka hadir dan memberikan keyakinan kepada saya yang mereka adalah masa depan buat pasukan.

“Jika saya memiliki pemain terbaik, saya pasti kami mampu bersaing dengan Vietnam dan mencabar keputusan,” katanya.

Pada penyertaan kali ini, Harimau Malaya tidak dibarisi pemain utama seperti Dion Cools, Nooa Laine, Arif Aiman Hanapi dan Faisal Halim.

Bagaimanapun, kualiti dijelmakan pemain muda seperti G. Pavithran berjaya mencuri perhatian peminat, malah impak yang dijelmakan Wan Kuzain Wan Ahmad Kamal juga menghadirkan perkembangan positif.

Pada aksi kedua separuh akhir di Stadium My Dinh, Hanoi, kelmarin, Harimau Malaya sekali lagi tewas 0-2 sekali gus menyaksikan Vietnam mara ke perlawanan akhir hasil kejayaan 4-0 secara agregat.

Bintang naturalisasi Golden Star Warriors, Nguyen Xuan Son sekali lagi menjadi pemusnah buat Harimau Malaya apabila menyumbangkan kedua-dua gol dalam aksi kelmarin.

The post Bukan gambaran sebenar kualiti – Cheng Hoe appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved