“Bukan Macam Sesetengah Orang, Sikit-Sikit Viralkan Laki Sendiri” – Abang Tesla Pertahan Misya, Anggap Dia Wanita Luar Biasa

Entertainment
21 May 2024 • 1:53 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, pempengaruh media sosial Abang Tesla dikecam gara-gara menanyakan Misya Mazlan tentang berita kehamilan madunya, Marissa Dania Hakim.

Gara-gara itu, Abang Tesla diselar kerana didakwa mengajukan soalan yang sensitif kepada Misya selain madu Marissa itu turut terpalit dengan kecaman netizen gara-gara reaksi yang ditunjukkan kepada soalan itu.

Terbaru, di Instagram Story, Abang Tesla tampil mempertahankan Misya dan mengatakan isteri pertama Aslam itu sebagai wanita luar biasa kerana sentiasa menjaga aib suami sendiri.

image is not available

Saya berdiri untuk Umisya. Yang kutuk-kutuk cakap bukan-bukan korang bukan tahu apa yang isteri pertama lalui. Dah banyak benda mereka mengalah. Dia hanya bercerita dengan kawan-kawan yang terdekat sahaja.

Bukan macam sesetengah orang. Sikit-sikit viral kan laki sendiri. Saya mengaku saya orang yang tak baik. Tapi asbab isteri saya sangat menjaga aib saya. Saya nampak baik.

Sebenarnya mereka inilah yang luar biasa. Boleh menahan diri dari menaip bukan-bukan dari media.

Sejak kebelakangan ini, pempengaruh itu bersama isteri pertamanya, Nurmajdina Jamari dilihat kerap meluangkan masa bersama Aslam dan Misya dan dilihat ada bercuti bersama di Singapura.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 days ago

Isa Isarb Rugi RM500K Batalkan 'Challenge' Lelaki Perempuan Duduk Serumah - "Saya Minta Maaf Kepada Semua Orang"