Bukan misi terlalu mustahil

LocalFootball
15 Aug 2026 • 8:20 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bukan misi terlalu mustahil

HARIMAU Malaya mendapat suntikan semangat awal menjelang aksi getir menentang Vietnam pada perlawanan separuh akhir Piala ASEAN 2026, esok dan Rabu ini.

Harapan besar diluahkan pemain yang tidak bersama pasukan negara yang turut menzahirkan sokongan untuk melihat kemaraan Harimau Malaya layak ke final.

“Sudah tentu dalam bola sepak kita tidak perlu kira ranking atau pun pemain hebat atau tidak hebat. Pemain kena urus sendiri ketika dalam padang, tidak ada siapa boleh ajar kerana segalanya adalah tentang reaksi kita.

“Walaupun kita tahu Vietnam itu kuat, tetapi pasukan kebangsaan kita, kalau betul-betul rezeki kita, betul-betul kita bekerja sebagai satu pasukan satu unit, InsyaAllah kita akan ada rezeki untuk ke final,” kata bintang sensasi Selangor FC, Faisal Halim.

Sebelum ini, Vietnam sentiasa menjadi halangan besar buat Harimau Malaya, namun seluruh negara tetap mengharapkan skuad kendalian Tan Cheng Hoe kali ini mampu menghadirkan kejutan.

Turut memberikan sokongan adalah bakal pemain naturalisasi negara, Bergson Da Silva yang percaya barisan pemain ketika ini ada kampuan untuk mengalahkan Vietnam.

“Tunjukkan aksi terbaik, saya harap mereka mampu raih kemenangan dan mereka akan mendapat sokongan daripada saya walaupun daripada jauh. Keinginan saya, mungkin saya nak (lihat) 2-0 atau 3-0,” katanya.

Antara nama besar lain yang turut menyatakan sokongan kepada skuad campuran negara kali ini adalah penjaga gol utama Johor Darul Ta’zim (JDT), Ahmad Syihan Hazmi dan penjaring gol terbanyak pemain tempatan, Safawi Rasid.

 

The post Bukan misi terlalu mustahil appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved