Bukit Aman jalankan siasatan dalaman kes Ketua Pengarah AKPS

LocalPolitics
21 Oct 2026 • 5:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Bukit Aman jalankan siasatan dalaman kes Ketua Pengarah AKPS
Laporan Sinar Harian dan Aida (kanan)

KUALA LUMPUR - Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman menjalankan siasatan dalaman berhubung kes membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, yang didakwa di mahkamah pada Rabu.

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Aida Abdul Hamid, berkata siasatan dalaman itu dijalankan secara selari bagi meneliti kes berkenaan.

“Kita ada buat siasatan dalaman di bawah JIPS secara selari. Bagaimanapun, ia masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Terdahulu, Mohd Shuhaily, 54, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), bulan lalu.

Beliau membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani.

Mengikut pertuduhan pertama, Mohd Shuhaily didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Mohamad Faiz Saman berhampiran Kaunter J, Aras 5, Terminal 1 KLIA, antara jam 1.27 tengah hari hingga 1.35 tengah hari pada 28 September lalu.

Pertuduhan kedua, beliau didakwa melakukan kesalahan sama terhadap Muhammad Ekmal Sofwan Dirman di lokasi dan pada waktu yang sama.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved