Punca dua pelajar MRSM masih dalam siasatan

15 Aug 2026 • 12:25 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Punca dua pelajar MRSM masih dalam siasatan

PETALING JAYA: Siasatan lanjut masih dijalankan polis bagi mengenal pasti punca kehilangan dua pelajar Tingkatan Empat Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah, Melaka, yang ditemui semula di kawasan Central Market, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kedua-dua pelajar berusia 16 tahun itu ditemui pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah kira-kira pukul 10.30 malam.

Katanya, punca dan keadaan berkaitan kejadian ini masih dalam siasatan pihak polis.

“Kedua-dua pelajar berkenaan sebelum itu dilaporkan kurang sihat dan mendapatkan rawatan di sebuah Klinik Kesihatan berhampiran.

“Selepas ditemui, kedua-duanya dibawa untuk menjalani pemeriksaan kesihatan lanjut di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum diserahkan kembali kepada pihak keluarga,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada 11 Ogos lalu, laporan berhubung kehilangan kedua-dua remaja itu dibuat pada pada pukul 10.46 malam

Laporan berkenaan dibuat di Balai Polis Rumbia dan remaja pertama dikenali sebagai Siti Nur Aaira yang beralamat di Bandar Bukit Mahkota, Kajang.

Seorang lagi remaja ialah Nur Aisy Humaira beralamat di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor. – UTUSAN

The post Punca dua pelajar MRSM masih dalam siasatan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved