Bunuh bayi: Reman pelajar kolej disambung sehari lagi

5 Aug 2026 • 1:16 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bunuh bayi: Reman pelajar kolej disambung sehari lagi

KLUANG – Tempoh tahanan reman terhadap seorang pelajar lelaki sebuah kolej yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang bayi perempuan yang mayatnya ditemukan di dalam mangkuk tandas sebuah rumah sewa di Taman Setia Mutiara di sini disambung selama sehari lagi.

Perintah sambungan reman itu dikeluarkan Majistret Nurasidah A. Rahman selepas suspek berusia 19 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret Kluang hari ini bagi membolehkan polis meneruskan siasatan.

Terdahulu, suspek yang diwakili peguam Ramesh Vasan telah direman selama tujuh hari bermula 30 Julai hingga hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 315 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan dengan niat menghalang anak daripada dilahirkan hidup atau menyebabkan kematiannya selepas dilahirkan.

Dalam kejadian pada 29 Julai lalu, suspek ditahan kira-kira pukul 1 petang selepas polis menerima laporan mengenai seorang pelajar wanita yang dimasukkan ke hospital kerana dipercayai baru melahirkan anak.

Siasatan lanjut di rumah sewa yang didiami pelajar wanita itu membawa kepada penemuan mayat seorang bayi perempuan di dalam mangkuk tandas.

Pemeriksaan awal turut menemukan beberapa kesan tikaman pada badan bayi berkenaan, namun punca sebenar kematian masih menunggu hasil siasatan lanjut termasuk laporan bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

The post Bunuh bayi: Reman pelajar kolej disambung sehari lagi appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved