RCI Tabung Haji: SPRM reman tiga lagi individu 

LocalPolitics
5 Aug 2026 • 1:41 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: RCI Tabung Haji: SPRM reman tiga lagi individu 

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman tiga lagi individu terdiri daripada timbalan pengurus besar pembinaan, pengurus keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta pengarah projek sebuah syarikat hartanah yang merupakan anak syarikat sebuah badan berkanun.

Mereka disyaki bersubahat dalam penyelewengan caj Notis Penalti (NOP) membabitkan kira-kira RM450,000.

Perintah reman selama lima hari sehingga 9 Ogos 2026 terhadap ketiga-tiga suspek telah dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini pagi tadi.

Menurut sumber, kesemua suspek lelaki berusia lingkungan 50-an telah ditahan pukul 6 petang semalam di Ibu Pejabat SPRM.

“Siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek bersubahat melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2017 hingga 2019,” katanya, hari ini.

Sumber berkata, tahanan reman ini adalah susulan daripada siasatan oleh pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyemak dan meneliti hasil Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji yang telah didedahkan kepada umum menerusi portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 29 Julai 2026.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

The post RCI Tabung Haji: SPRM reman tiga lagi individu  appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved