Buruh binaan maut, motosikal rempuh pokok tumbang tengah jalan

23 Aug 2026 • 4:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Buruh binaan maut, motosikal rempuh pokok tumbang tengah jalan

SETIU – Seorang buruh binaan maut selepas motosikal ditungganginya melanggar sebatang pokok tumbang merintangi jalan raya di Jalan Pantai Kuala Terengganu – Kota Bharu berhampiran Kampung Merang di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 12.10 tengah malam tersebut, mangsa, Darman Khamis, 68, berasal dari Indonesia yang merupakan berstatus Pemastautin Tetap meninggal dunia akibat kecederaan padah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Zahril Asri Mohd. Zain berkata, sewaktu kejadian, Darman dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Bari Besar di sini dari Kuala Terengganu.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Yamaha 135LC ditungganginya masing dikatakan tidak sempat mengelak sebatang pokok tumbang merintangi jalan lalu melanggarnya.

“Impak rempuhan menyebabkan mangsa terjatuh dari motosikalnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Zahril Asri berkata, pemeriksaan pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan Darman sudah meninggal dunia.

Beliau berkata, mayat buruh binaan tersebut telah dihantar ke Unit Forensik, Hospital Setiu di sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

The post Buruh binaan maut, motosikal rempuh pokok tumbang tengah jalan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved