Maut rempuh pokok kelapa sawit

23 Aug 2026 • 9:09 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Maut rempuh pokok kelapa sawit

GUA MUSANG – Seorang buruh ladang maut selepas motosikal yang dia tunggang hilang kawalan sebelum merempuh sebatang pokok kelapa sawit di dalam ladang sawit Chiku 1 di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa yang berusia 38 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Chiku 3 di sini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda bersama seorang pembonceng berusia 38 tahun sedang dalam perjalanan pulang selepas bekerja ke rumah mereka di Felda Chiku 1.

Katanya, ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh sebatang pokok kelapa sawit yang berada di sebelah kiri jalan.

“Kemalangan itu menyebabkan penunggang motosikal itu mengalami kecederaan dan dihantar ke Klinik Kesihatan Chiku 3 untuk rawatan awal.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di klinik berkenaan sebelum mayatnya dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Gua Musang di sini untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Choon Foo memberitahu, pembonceng motosikal itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

The post Maut rempuh pokok kelapa sawit appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved