Lelaki maut motosikal rempuh belakang treler parkir tepi jalan

23 Aug 2026 • 2:26 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lelaki maut motosikal rempuh belakang treler parkir tepi jalan

PARIT: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh bahagian belakang sebuah treler yang diparkir di tepi Jalan Ipoh-Lumut di Bota Kiri, Seri Iskandar, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung nahas itu pada pukul 10.49 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Iskandar dihantar ke lokasi kejadian.

Katanya, setibanya jentera di lokasi, didapati berlaku kemalangan membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda yang merempuh belakang treler yang diparkir di tepi jalan.

“Penunggang motosikal berusia 43 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

“Operasi ditamatkan pada pukul 11.25 pagi selepas mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN

The post Lelaki maut motosikal rempuh belakang treler parkir tepi jalan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved