Buruh didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja perempuan

11 Aug 2026 • 6:49 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Buruh didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja perempuan

Buruh mengaku salah atas pertuduhan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan

KANGAR: Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan bawah umur pada Julai lepas.

Syafiq Dzulkafli, 35, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang berumur 17 tahun 11 bulan di bilik sebuah hotel di sini pada kira-kira 4 pagi 19 Julai lepas mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Sharifah Norazlita juga tidak membenarkan Syafiq mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai serta menetapkan 7 Sept ini sebagai tarikh sebutan semula kes. 

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Alif Farhan Hassan manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Alif Farhan Mohamad Supian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved