Buruh sawit dipenjara 15 bulan lepas tembakan, miliki senapang angin

24 Aug 2026 • 1:37 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Buruh sawit dipenjara 15 bulan lepas tembakan, miliki senapang angin

KLUANG – Seorang buruh ladang kelapa sawit dijatuhi hukuman penjara selama 15 bulan selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan melepaskan tembakan dan memiliki senjata tiruan di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Nurasidah A. Rahman membuat keputusan itu selepas pertuduhan terhadap tertuduh, Razaman Yunos, 43, dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh dituduh melakukan kesalahan di hadapan rumah di Jalan Kemboja Felda Bukit Permai kira-kira pukul 3.30 petang pada 17 Ogos lalu telah didapati memiliki satu laras senapang angin buatan sendiri tanpa kebenaran sah.

Untuk kesalahan ini, tertuduh telah didakwa melakukan suatu kesalahan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara selama tempoh tidak lebih tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melepaskan satu das tembakan menggunakan senapang angin ke arah rumah pengadu iaitu bukan di tempat lapang sasar yang diberi kuasa.

Bagi kesalahan ini tertuduh telah melakukan kesalahan mengikut Sekayen 39 Akta Senjata 1970 yang membawa hukuman penjara tidak lebih satu tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

The post Buruh sawit dipenjara 15 bulan lepas tembakan, miliki senapang angin appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved