Buruh mengaku bersalah miliki senapang angin

23 Aug 2026 • 2:29 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Buruh mengaku bersalah miliki senapang angin

KOTA BHARU : Seorang buruh mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan memiliki selaras senapang angin tanpa lesen di Kampung Bedal, Kuala Krai pada Ogos tahun lalu.

Mohammad Asrul Aisyal Abdullah Manap, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.

Mengikut pertuduhan, dia didapati memiliki selaras senjata jenis senapang angin tanpa peluru tanpa lesen, di sebuah rumah di Kampung Bedal, Kuala Krai pada pukul 8.15 malam, 4 Ogos tahun lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan penjara sehingga tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM 10,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 23 September ini untuk pembentangan fakta kes dan prosiding jatuh hukum. – UTUSAN

 

The post Buruh mengaku bersalah miliki senapang angin appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved