BYD pada hari ini sedia menerajui dunia dalam arena kereta elektrik. Teknologi yang ditawarkan mereka juga mendahului pelbagai pencabar lain, selain penawaran mereka pada harga yang kompetitif di beberapa buah negara. Tidak setakat itu, kini BYD turut dilihat ingin memfokuskan kepada arena robotik.

Pelbagai syarikat sedia berlumba antara satu sama lain dalam pembangunan robot berbentuk manusia di China, malah baru-baru ini kita sedia melihat Honor memenangi kejuaraan lumba lari jarak jauh antara robot.
Sebelum ini sendiri, pihak BYD pernah berkongsi menyatakan pembangunan dan teknologi untuk penghasilan automotif dan robotik adalah lebih kurang sama, sekaligus akan memudahkan pihak BYD memperluaskan penawaran dan produk pengguna dengan pantas.
Buat masa ini, tiada maklumat lanjut lagi dikongsikan, tetapi BYD dijangka menggunakan platform robotik terbuka dalam pembangunan produk dan penawaran robot berbentuk manusia mereka.




