Cabarlah pemikiran lama, termasuk generasi kami – Anwar

LocalPolitics
15 Aug 2026 • 4:13 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Cabarlah pemikiran lama, termasuk generasi kami – Anwar

PETALING JAYA – Generasi pasca-Reformasi dan anak muda perlu lebih berani mencabar pemikiran lama, termasuk pemikiran generasi terdahulu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perjuangan Reformasi tidak seharusnya hanya dijadikan nostalgia, sebaliknya perlu difahami asas dan matlamatnya sebelum generasi baharu menentukan hala tuju perjuangan mengikut konteks mereka.

“Saya tidak mahu kalian melalui segala liku dan ranjau yang ditempuh oleh generasi kami, namun ibrah daripada perjuangan itu mesti difahami.

“Saya mahu generasi ini lebih berani, lebih terdidik dan lebih bersedia mencabar pemikiran lama, termasuk pemikiran generasi kami sendiri,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Anwar hadir pada Kongres Nasional Keadilan 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, generasi baharu juga perlu diberikan ruang untuk membentuk masa depan negara dengan pemikiran yang lebih terbuka dan berani.

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh usaha reformasi pendidikan yang menurutnya perlu melahirkan anak Malaysia yang berilmu dan beradab.

“Menguasai teknologi tanpa kehilangan kemanusiaan, berakar pada sejarah dan budayanya serta mampu berdiri sama tinggi dengan sesiapa sahaja di dunia,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

The post Cabarlah pemikiran lama, termasuk generasi kami – Anwar appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved