Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak semalam (21 Oktober), kecoh di media sosial berhubung larangan penggunaan aplikasi navigasi, Waze bagi golongan penjawat awam. Hal ini bagi memastikan data pengguna selamat memandangkan aplikasi tersebut berpangkalan di Israel.
Susulan itu, ramai mula memuat turun aplikasi navigasi tempatan sebagai alternatif iaitu TuJu yang turut mendapat saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Untuk info, TuJu dibangunkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
Baca Artikel Berkaitan: Berkuat-Kuasa Serta Merta, Penjawat Awam Dilarang Guna Aplikasi Navigasi Waze
‘Satukan Semua Aplikasi Kerajaan Dalam 1 Superapp, Hentikan Pembangunan App Baru’ – Pengguna Threads
Bagaimanapun, seorang pengguna Threads dikenali sebagai Qilrif mempersoalkan lambakan aplikasi-aplikasi di bawah seliaan kerajaan untuk pelbagai jenis urusan dan perkhidmatan.
Jelasnya, kerajaan sepatutnya menyediakan satu aplikasi utama sahaja yang menggabungkan pelbagai perkhidmatan atau fungsi dalam satu platform.
“Kementerian Digital kena satukan semua aplikasi kerajaan dalam satu ‘adiaplikasi’ (superapp) dan hentikan pembangunan aplikasi baru.
“Ambillah MySejahtera atau MyDigital ID sebagai aplikasi teras dan ‘baham’ (sepadukan) aplikasi-aplikasi kerajaan lain. Masukkan je fungsi dalam satu. Aku cari dekat Play Store. Banyak weh,” katanya di ruangan kapsyen.
Lelaki Kongsi Pelbagai Jenis Aplikasi Di Platform Berbeza Untuk Urusan Kerajaan
Dalam hantaran sama, Qilrif turut berkongsi tangkap layar foto menunjukkan aplikasi-aplikasi di bawah kerajaan yang perlu dimuat turun oleh rakyat Malaysia untuk pelbagai fungsi dan urusan.
Ini termasuklah:
- ezAdu
- MySPR Semak
- MyTVET
- MyAIMS MBJB
- ePASS JIM
- MyUBAT
- MySejahtera
- MyGOV Malaysia
- MyNIISe
- eCOSS
View on Threads
‘App Parking Paling Tak Munasabah, 5 App Kena Install Kalau Pergi 5 Negeri’ – Netizen
Pandangan Qilrif mengenai perkara ini telah mendapat perhatian ramai. Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai dilihat bersetuju dengan perkara itu.
“Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pun ada banyak app. Kenapa tak sekalikan,” kata seorang wanita.
“App parking paling tak munasabah. Kalau pergi tiga negeri dan singgah lima daerah, lima app nak kena muat turun (install) nak bayar parking. Idea siapalah,” soal seorang pengguna Threads.
“Benar dan setuju. Bagi aplikasi setiap kementerian yang berbeza kita boleh faham lagi tetapi yang jabatan sama seperti SSM dan LHDN peringkat portal pun dah berpuluh. Ini deformasi pentadbiran dan teknologi,” tambah seorang lelaki.
Aplikasi Diasingkan Untuk Elak Risiko Semua App Digodam Boleh Digodam Dalam Satu Masa Yang Sama
Seorang wanita pula berkata aplikasi-aplikasi tersebut sebenarnya perlu diasingkan dan tidak disekalikan dalam satu aplikasi yang sama atas tujuan keselamatan. Hal ini kerana, semua aplikasi yang digabungkan dalam satu platform berisiko tinggi digodam.
“Saya pernah tanya salah satu pemaju (developer) dalam kerajaan adalah mengelakkan jika satu kena hack (godam) semua kena. Dia kata orang awam mungkin tak tahu, dulu server kerajaan pernah kena godam oleh penggodam Indonesia.
“Satu jabatan tu lumpuh seketika. Bayangkan kalau aplikasi contohnya app yang ada (maklumat) nombor kad pengenalan kena hack. Dia boleh masuk bahagian lesen, pasport dan CCRIS,” kata seorang wanita.
“Decentralize lebih baik. Tak bloated (terlampau padat). Pilih apa yang berkenaan dengan kita. Asalkan aplikasi tu dibawah seliaan Jabatan Digital Negara,” tambah seorang lelaki.
‘Tanak Download Superapp Storage Tinggi Hanya Untuk Guna Beberapa Aplikasi & Urusan Sahaja’ – Netizen
Malah ada yang berkata penggunaan aplikasi superapp dengan pelbagai fungsi dan mewakili pelbagai aplikasi kerajaan mungkin ‘memakan’ ruang penyimpanan telefon (storage) yang tinggi walhal segelintir pengguna tidak mahu menggunakan sesetengah aplikasi atau urusan yang terkandung di dalamnya.
“Biar saya terangkan secara mudah. Saya tak nak muat turun aplikasi superapp sebesar 700MB semata-mata untuk guna mungkin empat modul yang masing-masing cuma 12MB, lepas tu kena kongsi data peribadi dengan kesemua 60 aplikasi yang dibangunkan oleh 45 agensi, sedangkan 38 daripadanya pun tak ada sistem keselamatan siber yang betul,” kata seorang individu.
Berikut antara komen-komen netizen:












