Calon PH PRN Negeri Sembilan, isteri didakwa di mahkamah

LocalPolitics
6 Aug 2026 • 12:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Calon PH PRN Negeri Sembilan, isteri didakwa di mahkamah
Calon PH PRN Negeri Sembilan Azizul Hakim (kini) ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Seremban.

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 dan isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas pertuduhan membuka klinik perubatan tanpa didaftarkan.

Tertuduh, Dr Azizul Hakim Mahdi dan Noor Ameeraa Rahmat berusia 35 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Shahrul Rizal Majid selepas kertas pertuduhan dibacakan

Kesalahan itu dilakukan pada 8 Julai jam lebih kurang 11.30 pagi di sebuah klinik beralamat Taman Bandar Senawang.

Mengikut pertuduhan, tertuduh selaku pengarah syarikat secara bersama-sama telah didapati menyediakan suatu klinik perubatan swasta tanpa didaftarkan di bawah Seksyen 27, Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586].

Berikutan itu, tertuduh telah melanggar peruntukan Seksyen 4(1), Akta 586 dan melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 5(2)(a) Akta 586 yang boleh dihukum di bawah peruntukan Seksyen 5(2)(aa) Akta yang sama dibaca bersama Seksyen 34.

Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM300,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

Selain itu, syarikat milik mereka didapati menyediakan suatu klinik perubatan swasta tanpa didaftarkan di bawah Seksyen 27, Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586].

Bagi kesalahan terbabit pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 5(1) Akta 586 yang boleh dihukum di bawah peruntukan Seksyen 5(1)(b) Akta yang sama yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM500,000 jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes 17 September depan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Kesihatan Malaysia, Haslina Zamani manakala tertuduh diwakili Peguam Muhammad Abdul Fateh Mohd Rahmat.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved