Pengamal rawatan alternatif ditahan bantu siasatan kes cabul

6 Aug 2026 • 5:17 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

terkini

SEREMBAN: Seorang pengamal rawatan alternatif ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mencabul pesakit wanita di sebuah pusat rawatan di Senawang, di sini, bulan lalu.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Mohd. Nasharudin Mohd Shariff berkata, suspek lelaki berusia lingkungan 60-an itu ditahan pada 27 Julai lalu di sekitar Senawang.

Menurutnya, siasatan dijalankan terhadap suspek selepas polis menerima empat laporan daripada mangsa berkaitan kes berkenaan.

“Bertindak atas maklumat yang diperoleh, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban telah menahan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 60-an bagi membantu siasatan.

“Susulan laporan yang diterima, polis telah merakam percakapan pengadu dan saksi-saksi selain memperoleh bahan bukti berkaitan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Nasharudin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 354 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebelum ini, pempengaruh, Ariz Ramli atau lebih dikenali sebagai Caprice memuat naik satu video memaparkan perkongsian beberapa mangsa yang mendakwa dicabul oleh pengamal perubatan alternatif berkenaan ketika mendapatkan rawatan.-UTUSAN

The post Pengamal rawatan alternatif ditahan bantu siasatan kes cabul appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved