Carousell Malaysia Menambah SPX Express Sebagai Pilihan Penghantaran Baharu

LocalBusiness & Finance
19 Aug 2026 • 12:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Carousell Malaysia meluaskan pilihan penghantaran di platformnya dengan menambah SPX Express iaitu kurier rasmi di bawah Shopee. Langkah strategik ini bukan sahaja melengkapkan senarai kurier sedia ada di bawah perkhidmatan Carousell Official Delivery malah turut memberikan lebih banyak kemudahan kepada pengguna.

Image from: Carousell Malaysia Menambah SPX Express Sebagai Pilihan Penghantaran Baharu

Melalui kerjasama ini, penjual kini berpeluang mencuba kemudahan penghantaran tanpa label di lebih 1,000 pusat servis SPX di seluruh Semenanjung Malaysia. Dengan adanya sistem ini, penjual tidak perlu mencetak label sebelum menyerahkan bungkusan. Sebaliknya, mereka hanya perlu menunjukkan butiran digital yang dijana menerusi aplikasi Carousell manakala staf SPX akan mencetak serta menampal label bagi pihak penjual sekali gus menjadikan proses penghantaran lebih mudah.

Image from: Carousell Malaysia Menambah SPX Express Sebagai Pilihan Penghantaran Baharu

Selain itu, pembeli turut ditawarkan pilihan penghantaran terus ke rumah manakala kedua‑dua pihak boleh menjejak status bungkusan melalui aplikasi Carousell dan SPX. Bagi meraikan pengenalan ini, Carousell menawarkan kadar promosi serendah RM3.50 bagi setiap bungkusan. Kadar tersebut merupakan kos penghantaran asas melalui SPX Express di Carousell Malaysia, dan bukan harga produk atau caj tambahan lain.

Namun begitu, syarikat itu tidak menyatakan sampai bila tempoh sah promosi tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved