“Ceplos jangan cabar UMNO keluar Kerajaan Perpaduan!” – TPM Zahid

LocalPolitics
12 Sep 2026 • 8:04 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi peringatan tegas kepada pihak yang disifatkannya sebagai ‘ceplos’ supaya tidak mencabar UMNO untuk meninggalkan Kerajaan Perpaduan.

Image from: “Ceplos jangan cabar UMNO keluar Kerajaan Perpaduan!” – TPM Zahid

Menurutnya, pihak terbabit seharusnya mengingati kembali peranan UMNO dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan, termasuk sokongan parti berkenaan yang menjadi antara faktor penting kepada pembentukan kerajaan semasa.

Beliau turut menegaskan, sekiranya benar mahu UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan, parti itu sepatutnya dikeluarkan secara rasmi menerusi proses pengundian di Dewan Rakyat.

“Kerajaan Perpaduan jadi sebab UMNO tahu. Perdana Menteri jadi Perdana Menteri sebab sokongan UMNO tahu.
“Bila sudah ada 153 (sokongan ahli Dewan Rakyat) engkau ingat…,” katanya ketika menggulung perbahasan ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2026 di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika menjawab kenyataan berhubung mencabar kedudukan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan, dengan mengingatkan bahawa sokongan parti itu mempunyai peranan signifikan dalam memastikan kestabilan pentadbiran kerajaan.

Tegas beliau, sebarang usaha untuk menggugat kedudukan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnya dibuat tanpa mengambil kira sejarah serta sumbangan parti berkenaan terhadap pembentukan kerajaan.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau tidak berasa marah dengan desakan supaya UMNO meninggalkan Kerajaan Perpaduan.

Artikel lain: Segerakan PRU16? Tok Mat jawab ‘Dah lebih tiga tahun, parti politik sentiasa mahu mandat baharu’

Sebaliknya, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu meminta pihak yang membuat desakan berkenaan supaya meneliti semula perjanjian persefahaman yang ditandatangani parti-parti komponen ketika pembentukan Kerajaan Perpaduan sebelum ini.

“Perjanjian persefahaman untuk membentuk kerajaan gabungan dikenali sebagai Kerajaan Perpaduan Malaysia… mana sebut kerajaan… Ini ada definisi dan tafsiran, melainkan keadaan dan konteks sebaliknya diperlukan.
“Terma berikut atau ekspresi hendaklah mempunyai maksud berikut – perjanjian persefahaman kerjasama hendaklah bermaksud perjanjian ini atau perjanjian tambahan dibuat selepas berkaitan pembentukan dan operasi Kerajaan Perpaduan Malaysia,” tambahnya lagi.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved