CGSI: Pasaran sektor sarung tangan getah berpeluang pulih lebih awal menjelang 2029

LocalBusiness & Finance
11 Aug 2026 • 12:15 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

CGSI: Pasaran sektor sarung tangan getah berpeluang pulih lebih awal menjelang 2029 Image from: CGSI: Pasaran sektor sarung tangan getah berpeluang pulih lebih awal menjelang 2029 amree11/08/2026 - 12:15 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 11 OgosSektor sarung tangan getah global dijangka mencapai keseimbangan pasaran lebih awal daripada jangkaan, iaitu menjelang awal 2029, menurut analisis CGS International (CGSI).

 

Unjuran itu jelasnya, susulan pengembangan kapasiti yang lebih perlahan oleh pengeluar di China dan penutupan kilang di seluruh dunia mula mempercepatkan penyelesaian kepada isu lebihan bekalan.

 

Situasi ini memberi ruang kepada pengeluar sarung tangan Malaysia meraih semula bahagian pasaran global, walaupun tekanan terhadap jumlah jualan dan margin keuntungan sebelum ini masih berterusan.

 

"Kami mendapati jumlah jualan syarikat China naik hanya 1.8%, manakala margin mereka merosot 39%, menunjukkan pengeluar Malaysia mula berjaya merampas semula bahagian pasaran global," kata CGSI.

 

Bahagian pasaran Malaysia meningkat daripada 48% pada FY24 kepada 50% pada FY25, dibantu tarif import Amerika Syarikat (AS) yang menjadikan harga produk sarung tangan China sebagai kurang kompetitif.

 

Menurutnya, pengembangan kapasiti nitril oleh pengeluar China di Asia Tenggara juga rendah daripada jangkaan dengan kapasiti sebenar pada 2025 hanya 10 bilion unit berbanding anggaran 17 bilion unit.

 

sektor sarung tangan getah_DagangNews2026

 

Pengembangan di luar China ujar CGSI, dilihat bagi mengelakkan tarif AS, namun berdepan kekangan termasuk duti berdasarkan negara asal, subsidi terhad dan peraturan tempatan mengekang kapasiti.

 

"Pada masa sama, penutupan kilang di seluruh dunia yang dianggarkan melibatkan 11 bilion unit turut mengurangkan lebihan stok, dan mempercepatkan pemulihan struktur industri sarung tangan," jelasnya.

 

Firma itu menjangka untung kasar setiap 1,000 unit sarung tangan pengeluar Malaysia naik kepada AS$2.60 (RM10.63) menjelang 2028, berbanding purata AS$1.30 (RM5.32) dalam tempoh empat suku terakhir.

 

Susulan prospek margin lebih baik, CGSI menaikkan unjuran hasil sektor sebanyak 5% bagi 2026 hingga 2028, serta menaik taraf sektor sarung tangan Malaysia itu daripada 'underweight' kepada 'neutral'.

 

Penilaian ketika ini dilihat lebih munasabah selepas ia mengambil kira pemulihan pendapatan, dengan sektor berkenaan kini didagangkan sekitar 11.9 kali nisbah harga kepada pendapatan (P/E) pada 2028.

 

"Kami mengekalkan Top Glove Corporation Berhad sebagai pilihan utama sektor sarung tangan getah dan menaik taraf Kossan Rubber Industries Berhad daripada 'kurang' kepada 'tambah'," tambah firma itu. 

 

CGSI namun mengingatkan pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar AS dan pertambahan kapasiti baharu kekal sebagai risiko penurunan syarikat yang terlibat. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved