ChatGPT Dilaporkan Menghampiri 900 Juta Pengguna Aktif Mingguan

TechnologyDigital
10 Dec 2025 • 10:40 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

OpenAI sedia menyatakan ChatGPT mempunyai 800 juta pengguna aktif mingguan, dan mengikut laporan terkini, perkhidmatan kecerdasan buatan janaan berkenaan dikatakan menghampiri 900 juta pengguna aktif mingguan. Ini sekaligus memperlihatkan yang mana perkhidmatan ChatGPT terus mengungguli dan mendahului yang lain dari segi penggunaan.

image is not available

Sebagai perbandingan, Google baru-baru ini telah mengatakan mereka mempunyai 650 juta pengguna bulanan untuk Gemini. Untuk makluman, OpenAI mengumumkan angka pengguna mingguan mereka – dimana angka pengguna aktif bulanan mungkin lebih tinggi lagi.

Namun, kebelakangan ini, ia diperkatakan lebih ramai pengguna mula menggunakan Gemini, dan angka penggunanya naik lebih pantas berbanding dengan ChatGPT. Google juga turut mempunyai kelebihan dari segi infrastruktur dan juga dana untuk dibelanjakan, berbanding dengan OpenAI.

Apa pun, sama-sama kita nantikan persaingan dalam arena ini, dan siapakah akan terus menerajui dan kekal di pasaran dalam beberapa tahun akan datang.