Cikgu rugi RM748,326.50 ditipu “polis” Bukit Aman

17 Nov 2026 • 8:05 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Cikgu rugi RM748,326.50 ditipu “polis” Bukit Aman

BATU PAHAT – Seorang guru sebuah sekolah menengah di bandar ini mengalami kerugian RM748,326.50 selepas ditipu seorang “polis” dari Bukit Aman sejak Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, wanita berusia 54 tahun itu yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat semalam menyatakan telah dihubungi seorang individu kononnya daripada Hospital Pakar KPJ Rawang.

Katanya, dalam perbualan dengan individu tidak dikenali itu, nama mangsa dikatakan telah digunakan pihak lain untuk membuat tuntutan insuran sebelum perbualan itu “disambung” kepada pihak “polis” dari Bukit Aman.

Jelasnya, setelah tersambung “pegawai polis” tersebut memaklumkan akan membantu mangsa untuk menyelesaikan kes berkenaan dengan syarat menyerahkan kad ATM bank miliknya untuk disiasat oleh pihak Bank Negara Malaysia.

“Bimbang dikenakan sebarang tindakan, mangsa telah menuruti arahan “polis” berkenaan dengan meninggalkan kad ATM beserta nombor pin di sebuah gerai nasi lemak bersebelahan rumahnya sebagaimana arahan daripada suspek pada 3 September lalu.

“Pada awal bulan ini, mangsa telah membuat semakan dalam akaun miliknya dan mendapati beberapa transaksi kepada penama-penama tidak dikenali berjumlah RM673,326.50 sebelum diminta membuat tambahan berjumlah RM75,000 ke dalam tiga akaun bank berbeza pada 4 November lalu,”katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Shahrulanuar lagi, ketika berada di rumahnya kelmarin mangsa telah menceritakan kejadian itu kepada kakaknya sebelum dimaklumkan bahawa dia telah ditipu dengan nilai kerugian berjumlah RM748,326.50.

Ujarnya, berikutan laporan daripada mangsa itu, satu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan telah dijalankan bagi mengenal pasti suspek yang terlibat dalam penipuan ini.-KOSMO! ONLINE

The post Cikgu rugi RM748,326.50 ditipu “polis” Bukit Aman appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved