liza21/10/2026 - 10:39 Tan Sri Dr Wee Hoe Soon @ Gooi Hoe Soon, Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com KUALA LUMPUR 21 Okt – CIMB Group Holdings Bhd melantik Tan Sri Dr Wee Hoe Soon @ Gooi Hoe Soon, 66, sebagai pengarah bebas bukan eksekutif berkuat kuasa 1 Januari 2027.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, CIMB berkata Wee turut dilantik sebagai ahli jawatankuasa risiko dan jawatankuasa audit kumpulan perbankan itu.
Pelantikan berkenaan menyaksikan Wee menyertai lembaga pengarah CIMB yang turut dianggotai 10 ahli lain, termasuk Pengerusi Datuk Syed Zaid Syed Jaffar Albar dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Muhammad Novan Amirudin.
Pengalaman luas dalam sektor kewangan
Ketika ini, Wee memegang beberapa jawatan dalam sektor awam dan swasta, termasuk sebagai pengarah bebas Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) serta pengerusi syarikat insurans AIA Bhd.
Beliau turut menganggotai panel pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), yang bertanggungjawab dalam hal berkaitan pelaburan dana persaraan itu.
Selain itu, Wee merupakan pengarah bukan bebas JaGaSolution Bhd dan pengarah bebas Hydropipes Bhd.
Pengalaman serta penglibatan beliau dalam pelbagai organisasi berkenaan merangkumi bidang kewangan, insurans dan tadbir urus korporat lebih 40 tahun.- DagangNews.com





