Claude merupakan salah satu perkhidmatan memfokuskan kecerdasan buatan janaan, membolehkan pengguna bertanyakan pelbagai perkara, merumuskan dokumen, membantu dalam penulisan, dan sebagainya. Selepas menawarkan perkhidmatan melalui web sebelum ini, hari ini Claude turut menawarkan aplikasi mereka untuk pengguna desktop.

Bagi anda yang menggunakan Claude, kini boleh memuat-turun aplikasi berkenaan di Windows dan Mac, seterusnya menggunakan ia untuk mengakses dengan pantas tanpa perlu membuka pelayar web.
Pengenalan perisian desktop ini juga dilihat mengikut beberapa penyedia lain, termasuk OpenAI untuk ChatGPT, dan juga Perplexity. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun perisian atau aplikasi Claude ini di Windows dan Mac hari ini.
