Elon Musk sedia membangunkan sebuah firma memfokuskan kecerdasan buatan, dinamakan xAI. Penawarannya yang pertama, dinamakan Grok sedia diintegrasikan pada media sosial X, dan turut menyertakan integrasi sokongan jawapan berasaskan informasi masa-nyata menggunakan latihan data di X (atau dulunya dikenali Twitter).
Terbaru, ia dilaporkan Elon Musk sedang dalam proses meraih suntikan dana untuk xAI pada nilai mencapai sekitar $40 bilion. Perbincangan berkaitan hal ini masih pada peringkat awal.
Peningkatan nilai ini dilihat agak drastik. xAI hanya meraihkan dana terakhir sebanyak $6 bilion pada bulan Mei lepas, menilaikan syarikat mereka pada $24 bilion. Selang hanya lima bulan, ia dilihat syarikat berkenaan dinilaikan sekali ganda.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi berapakah pendapatan yang dibawa oleh xAI. Untuk makluman, X menawarkan akses kepada kecerdasan buatan Grok yang dibangunkan xAI ini, apabila melanggan kepada pelan berbayar X Premium.

