Coastal Contracts jual sebuah kapal sokongan luar pesisir bernilai RM175.78 juta

LocalBusiness & Finance
14 Aug 2026 • 5:49 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Coastal Contracts jual sebuah kapal sokongan luar pesisir bernilai RM175.78 juta Image from: Coastal Contracts jual sebuah kapal sokongan luar pesisir bernilai RM175.78 juta hamden14/08/2026 - 17:49 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Coastal Contracts Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya, Coastal Offshore Marine Inc., memperoleh pesanan penjualan sebuah kapal sokongan luar pesisir (OSV) bernilai kira-kira RM175.78 juta.

 

Dalam pengumuman kepada Bursa Malaysia, Coastal berkata pesanan jualan kapal itu diperoleh pada 14 Ogos 2026.

 

Menurut kumpulan itu, transaksi berkenaan bersifat hasil dan dilaksanakan dalam perjalanan biasa perniagaannya.

 

“Penjualan kapal itu dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan Bahagian Pembinaan Kapal dan aset bersih syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2026,” katanya.

 

Coastal berkata transaksi tersebut tidak dijangka menjejaskan operasi sedia ada kumpulan, sebaliknya dijangka menyumbang kepada prestasi kewangan Bahagian Pembinaan Kapalnya bagi tahun semasa.

 

Kumpulan turut mengesahkan bahawa tiada seorang pun daripada barisan pengarah dan/atau pemegang saham substansial syarikat, termasuk pihak yang mempunyai hubungan dengan mereka, mempunyai kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam urus niaga penjualan kapal tersebut. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved