Coastal Contracts meterai PPA 25 tahun dengan SESB bangunkan projek solar 15MW di Sabah

LocalBusiness & Finance
17 Jul 2025 • 11:12 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Coastal Contracts meterai PPA 25 tahun dengan SESB bangunkan projek solar 15MW di Sabah

image is not available

17/07/2025 - 11:12

Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 17 Julai – Coastal Contracts Bhd, menerusi anak syarikat miliknya, Coastal Solar Sdn Bhd (CSSB), telah menandatangani perjanjian jual beli tenaga (PPA) selama 25 tahun dengan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) bagi pembangunan loji solar fotovoltaik berskala besar (LSS PV) berkapasiti 15 megawatt (MWac) di Sandakan, Sabah.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata, perjanjian tersebut dimeterai pada 26 Jun dan dimuktamadkan sepenuhnya pada 15 Julai lalu.

“Loji solar itu akan dibangunkan di Jalan Datuk Tay, Sandakan dan dijadualkan mula beroperasi secara komersial selewat-lewatnya pada 30 Jun 2027.

“Di bawah perjanjian itu, CSSB akan mereka bentuk, membina, memiliki, mengendalikan dan menyelenggara loji solar berkenaan, manakala SESB akan membeli tenaga yang dijana mengikut terma-terma yang ditetapkan dalam PPA,” katanya.

Pembiayaan projek akan diperoleh melalui gabungan dana dalaman dan pinjaman bank.

Meskipun projek ini dijangka tidak memberi impak ketara kepada prestasi kewangan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025, Coastal menjangkakan ia akan menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan bermula tahun kewangan 2027. - DagangNews.com

standard