
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada ketika ini, ada sahaja idea kreatif sesetengah individu dalam menjana sumber pendapatan sampingan.
Ada yang memilih untuk menjadi rider, ada juga yang menjadikan minat sebagai pendapatan tambahan seperti mengajar atau membuat kek serta pencuci mulut.
Malah, ada segelintir individu yang menyediakan perkhidmatan servis menjadi peneman sama ada di kenduri kahwin mahupun kekasih upahan ketika di hari raya seperti yang pernah tular sebelum ini.
Baca Artikel Berkaitan: Trend Wanita Tawar Servis Jadi Peneman Ketika Raya Buat Ramai Kurang Senang
Gadis Sedia Servis Peneman Ke Hospital, Siap Jemput Pesakit Hingga Selesai Urusan
Kini, muncul pula servis terbaharu yang disediakan oleh individu sebagai peneman ke hospital yang dilihat unik dan berbeza dari yang lain.
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Thread @syazniera, dia berkongsikan iklan perkhidmatan ‘peneman’ ke hospital dengan tagline ‘Jom Anis Temankan’.
Lebih menarik, pelanggan akan dijemput dan diteman oleh individu yang dikenali sebagai Anis sehinggalah selesai urusan di hospital.
“Jemput, tunggu, ambil ubat, hantar dan selesai!” tulis individu berkenaan pada poster yang tular.
Namun, gadis itu hanya menyediakan perkhidmatan tersebut bagi hospital di sekitar Kuala Lumpur sahaja.
Perkhidmatan Peneman Ke Hospital Mudahkan Anak-Anak Yang Susah Dapat Cuti
Melalui poster perkongsian itu juga, antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah peneman ketika pemeriksaan kesihatan, temujanji doktor, fisioterapi, dialisis dan pengambilan ubat.
Malah, servis itu dilihat memudahkan ahli keluarga atau waris pesakit khususnya mereka yang bekerja dan sukar untuk mendapat cuti.
“Tiada cuti, jangan risau. Anda tiada cuti untuk bawak ibu bapa atau keluarga ke hospital?
“Jangan risau, Anis boleh teman dan uruskan mereka. Hati tenang, appointment tak miss (tinggal),” tulisnya lagi.
Buat individu yang mahu mendapat dan menempah perkhidmatan berkenaan, anda hanya perlu menghantar WhatsApp ke nombor yang tertera.
Ramai Teruja Lepas Tahu Ada Servis Perkhidmatan Peneman Ke Hospital
Hantaran yang telah mendapat lebih 55,000 tontonan itu nyata menarik perhatian ramai.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang memuji dan meluahkan rasa teruja sebaik mengetahui wujudnya perkhidmatan sedemikian.
Majoriti mereka berpendapat servis itu amat memudahkan khususnya buat mereka yang bekerja dan sukar untuk mengambil cuti.
Malah, ada yang menganggap ia satu idea yang kreatif yang dilihat berbeza dari kebiasaan.
Tidak hanya itu, rupanya ada pengguna lain yang turut menyediakan perkhidmatan yang sama sebagai peneman ke hospital.
Ini antara komen pengguna Thread:
“Bagusnya Bisnes Peneman ke Hospital Macam Ini”

“Patut Ramai Lagi Yang Buat Servis Macam Ni Dulu. Dulu Selalu Bawa Mak Pergi Check Up Setiap 2,3 Bulan, Selalu Nampak Orang Tua Sorang-Sorang Tiada Peneman”

“Dah Lama Dah Ada Tapi Tak Ramai Orang Buat, Tapi Baguslah”

“Rare Ni, Berguna Sangat Bila Ada Emak Ayah Sakit Tapi Tiada Orang Dapat Hantar”

“Wah, Hari Tu Ada Orang Buat Servis Teman Pergi Shopping, Sekarang Teman Parents Pergi Appointment”

Baca Artikel Berkaitan: Trend Wanita Tawar Servis Jadi Peneman Ketika Raya Buat Ramai Kurang Senang
Baca Artikel Berkaitan: “Hebat Dik!” – Ramai Kagum Lihat Kanak-Kanak Bawa Ibu Ada Masalah Penglihatan Datang Ke Klinik Kesihatan
Baca Artikel Berkaitan: Pemuda Sanggup Lepaskan Jawatan Tinggi Demi Jaga Ibu Sakit [Video]
Source:


![“Waktu Terbaik” – Nilai Rupiah Jatuh, Wanita Indonesia Ini Ajak Rakyat Malaysia Bercuti Di Sana [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/travel.jpeg)
![Nyalakan Fog Lamp Tanpa Sebab, Wanita Luah Rasa Geram Dengan Tindakan Pemandu Belakang [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)
