Berang Tak Dapat Apa Yang Diminta, Peminta Sedekah Pukul Pemuda Di Kedai Makan Curi Perhatian [Video]

9 Apr 2025 • 11:51 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Jika pergi ke mana-mana kedai makan atau pusat tumpuan orang ramai, pasti ada yang pernah didatangi oleh individu yang tidak dikenali antaranya peminta sedekah atau pengemis.

Kebiasaannya, golongan sebegini akan meminta wang daripada pengunjung yang berada di situ atas alasan mahu membeli makanan.

Jika bernasib baik, mereka akan dapat apa yang diingini begitulah juga sebaliknya. Kebanyakannya dapat menerima respon dengan baik sekiranya permintaan mereka ditolak.

Namun, ada segelintir yang tidak dapat menerima hakikat permintaan mereka ditolak hingga sanggup bertindak di luar batas.

Peminta Sedekah Wanita Datang Mengemis Di Meja Makan

Baru-baru ini, tular di media sosial tindakan seorang pengemis wanita yang bertindak di luar batasan terhadap seorang pelanggan di sebuah restoran.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @sfh.reez, peminta sedekah berkenaan dilihat memukul berkali-kali menggunakan tangannya pada bahagian belakang badan lelaki itu.

Pukul Lelaki Kerana Berang Permintaan Tidak Dipenuhi

Difahamkan, dia bertindak sedemikian kerana berang permintaannya tidak dipenuhi oleh lelaki tersebut.

Pada mulanya, kelihatan peminta sedekah wanita itu sedang bercakap dengan pemuda terbabit yang sedang menikmati hidangan di sebuah restoran dalam bahasa yang sukar untuk difahami.

Namun, lelaki berkenaan dilihat sabar dan mengendahkan permintaan wanita itu serta memintanya untuk meminta sedekah kepada orang lain.

Berang kerana permintaan tidak dipenuhi, wanita itu dilihat terus memukul bahagian belakang lelaki berkenaan berkali-kali sebelum berlalu pergi.

Pemilik Video Dakwa Peminta Sedekah Minta Rokok, Bukan Duit

Jelas pemilik video di ruangan komen, pengemis wanita itu sebenarnya meminta rokok daripada pemuda berkenaan sebelum berang dan bertindak memukul lelaki itu.

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah restoran yang terletak di kawasan Razakmas 2, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

image is not available

Pengguna Media Sosial Beri Pelbagai Reaksi

Video yang telah mendapat lebih 2.1 juta tontonan dan turut tular di platform X itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa geram melihat tindakan pengemis wanita itu terhadap lelaki berkenaan.

Pada masa yang sama, ada segelintir yang memuji tindakan lelaki itu yang dilihat sabar dalam melayan sikap peminta sedekah tersebut.

Tidak kurang juga ada yang mahu pihak restoran mengawal kemasukan pengemis atau peminta sedekah yang dilihat menganggu pelanggan.

Namun, ada juga yang merasa kasihan dengan nasib peminta sedekah wanita tersebut.

Ini antara komen menarik dari pengguna TikTok dan X:

“Mak Cik Tu Dah La Minta Sedekah Lepas Tu Orang Tak Bagi Marah, Abang Tu Ok Ke? Kesian Tengok”

image is not available

“Ini Bukan Lawak, Ini Bahaya. Jabatan Kebajikan Kena Kutip”

image is not available

“Please Peniaga Kedai Makan, Kalau Ada Orang Masuk Kedai Kau Minta Sedekah, Boleh Halau Kot”

image is not available

“Kesian Lelaki Tu, Nampak Dia Macam Nak Muntah”

image is not available

“Tak Suka Gila Bila Tengah Makan Ada Orang Datang Untuk Minta Sedekah Atau Jual-Jual”

image is not available

Source: