Cuaca Panas: 17 Kawasan Pada Tahap Berjaga-Jaga

LocalEnvironment
23 Aug 2026 • 7:11 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Cuaca Panas: 17 Kawasan Pada Tahap Berjaga-Jaga

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan kemas kini status cuaca panas di seluruh Malaysia.

17 Kawasan Pada Tahap Berjaga-Jaga

Menurutnya, terdapat 10 kawasan di Semenanjung kini berada pada Tahap 1 atau tahap berjaga-jaga.

Ia melibatkan (Kuala Kangsar, Kampar, Batang Padang) Perak, (Machang & Kuala Krai) Kelantan, (Temerloh & Pekan) Pahang, (Hulu Selangor & Gombak) Selangor dan (Segamat) Johor.

Image from: Cuaca Panas: 17 Kawasan Pada Tahap Berjaga-Jaga

Sementara di Sabah pula merekodkan 4 kawasan pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Beufort, Tenom, Pitas dan Beluran.

Image from: Cuaca Panas: 17 Kawasan Pada Tahap Berjaga-Jaga

"Tiga lagi kawasan di Sarawak pula berada pada Tahap 1 melibatkan kawasan Limbang, Telang Usan dan Marudi.

Image from: Cuaca Panas: 17 Kawasan Pada Tahap Berjaga-Jaga

"Tahap berjaga-jaga menyaksikan suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,” kata MetMalaysia dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai boleh merujuk maklumat terkini status cuaca panas harian di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.

Baca juga:



Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved