Singapura ringkaskan khutbah Jumaat akibat cuaca panas, jerebu

LocalEnvironment
21 Aug 2026 • 5:41 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Singapura ringkaskan khutbah Jumaat akibat cuaca panas, jerebu

SINGAPURA: Pejabat Mufti Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) membuat penyesuaian bagi penyampaian khutbah Jumaat di seluruh masjid tempatan ekoran keadaan cuaca yang semakin panas serta fenomena jerebu yang mula menjejaskan beberapa kawasan di negara itu.

Menurut catatan yang dimuat naik di akaun Instagram rasminya, Pejabat Mufti memaklumkan khutbah Jumaat akan diringkaskan bermula minggu ini, sepanjang tempoh cuaca mencabar berlangsung.

Lazimnya khutbah pertama panjangnya sekitar enam hingga tujuh muka surat. Dengan perubahan ini, panjangnya kurang daripada empat muka surat.

Lapor Berita Mediacorp langkah berkenaan diambil bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan para jemaah semasa berhimpun dan menunaikan ibadah di masjid.

“Semoga langkah ini dapat memudahkan para jemaah untuk berhimpun, beribadah dan kekal selesa dalam keadaan cuaca yang mencabar ini,” jelas Pejabat Mufti dalam catatan tersebut.

Pejabat Mufti turut mendoakan agar seluruh umat Islam di Singapura sentiasa dilindungi serta dikurniakan kesihatan yang baik dalam menghadapi keadaan cuaca semasa.

The post Singapura ringkaskan khutbah Jumaat akibat cuaca panas, jerebu appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved