Tujuh negeri rekod cuaca tahap panas berjaga-jaga

LocalEnvironment
23 Aug 2026 • 7:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tujuh negeri rekod cuaca tahap panas berjaga-jaga
Sebanyak tujuh negeri mencatatkan cuaca panas Tahap 1 (Berjaga-Jaga) pada petang ini.

PETALING JAYA – Sebanyak tujuh negeri mencatatkan cuaca panas Tahap 1 (Berjaga-Jaga) pada petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Keadaan itu melibatkan lima negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Perak, Kelantan, Pahang, Selangor dan Johor, selain Sabah serta Sarawak.

MetMalaysia memaklumkan di Perak, kawasan yang merekodkan cuaca panas Tahap 1 ialah Kuala Kangsar, Kampar dan Batang Padang.

Di Kelantan pula, dua kawasan iaitu Machang dan Kuala Krai berada pada tahap berkenaan.

Sementara itu, Temerloh dan Pekan di Pahang serta Hulu Selangor dan Gombak di Selangor turut mencatatkan cuaca panas Tahap 1.

MetMalaysia turut memaklumkan Segamat, Johor berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) pada petang ini.

Bagi Sabah, empat kawasan direkodkan berada pada tahap sama iaitu Beaufort, Tenom, Pitas dan Beluran.

Di Sarawak pula, tiga kawasan mencatatkan cuaca panas Tahap 1, melibatkan Limbang, Telang Usan dan Marudi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved