Kuantan catat suhu tertinggi, Sandakan terima hujan paling banyak

LocalEnvironment
21 Aug 2026 • 9:53 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kuantan catat suhu tertinggi, Sandakan terima hujan paling banyak

PETALING JAYA – Stesen Meteorologi Kuantan, Pahang merekodkan suhu maksimum harian tertinggi bagi Semenanjung pada semalam, iaitu 36.1 darjah Celsius.

Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), suhu maksimum tertinggi bagi Malaysia Timur dicatatkan di Stesen Meteorologi Mulu, Sarawak dengan bacaan 35.2 darjah Celsius.

“Stesen Meteorologi Sandakan, Sabah pula merekodkan jumlah hujan harian tertinggi sebanyak 57.0 milimeter bagi tempoh sama,” kata kenyataan itu, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip, terdahulu memaklumkan, analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan angin dari arah selatan dijangka berterusan sepanjang minggu ini.

“Pengaruh angin dari arah selatan serta bilangan titik panas kekal banyak di Borneo berpotensi mengakibatkan jerebu dan jarak ketampakan rendah terutamanya di Sarawak dan barat Sabah termasuk Labuan.

“Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Kuantan catat suhu tertinggi, Sandakan terima hujan paling banyak appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved