Cub Prix: Nazirul Izzat sasar podium dua perlumbaan terakhir

16 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Cub Prix: Nazirul Izzat sasar podium dua perlumbaan terakhir

Menjelang perlumbaan pusingan ketujuh Cub Prix di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hujung minggu ini, pelumba CP150, Nazirul Izzat Bahauddin, mengidamkan peluang untuk mengejar kedudukan pendahulu keseluruhan.

Meskipun berdepan ketidakselesaan melibatkan aspek pengendalian motosikal dalam pusingan keenam minggu lalu, pelumba Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor itu mengharapkan konsistensi tunggangannya membuahkan hasil dalam baki dua perlumbaan musim ini.

Dia yakin ia akan membantunya untuk merapatkan jurang mata, yang kini dibezakan 41 mata dengan pendahulu, yang juga rakan sepasukannya, Kasma Daniel Kasmayudin.

Menilai secara realistik, Nazirul Izzat percaya adalah tidak mustahil untuk dia meletakkan dirinya dalam carta lima teratas pada penghujung saingan musim ini jika segalanya berjalan dengan lancar.

"Sebenarnya tahun ini saya boleh mengejar kedudukan pendahulu tetapi disebabkan pertukaran penalaan pada saat akhir, saya jadi agak bergelut," katanya kepada wartawan Astro Arena, Ainul Abd Rouf.

"Saya masih belum mendapat keselesaan tunggangan, jadi ia mengganggu prestasi saya.

"Saya mahu tukar semula kepada talaan asal untuk kembali bersaing dalam kelompok hadapan.

"Saya harap saya dapat menaiki podium dalam dua perlumbaan terakhir untuk mendapatkan semula mata yang hilang itu."

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved