
SATU dunia bercakap tentang Malaysia selepas Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menjadi tuan rumah perlumbaan Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix yang melabuhkan tirainya pada 4 Oktober 2026.
Ramai merindui aksi pelumba ternama dunia di litar ikonik itu, dengan perlumbaan di Sepang mencatatkan kehadiran penonton tertinggi, iaitu 261,000 orang. Jumlah audiens tertinggi di venue terbabit!
Kembalinya Grand Prix di SIC turut ‘merakyatkan’ sukan premium tersebut di mata masyarakat tempatan selepas kali terakhir dianjurkan di Malaysia sekitar sembilan tahun lalu.
Masih terasa bahang Formula 1, Gala minggu ini menyorot lima wanita popular lagi bertuah yang menjadi ‘bunga’ di hati kumbang-kumbang F1 yang berdesup laju menderu jentera masing-masing di litar perlumbaan.

Andrea Kimi Antonelli – Olivia Rodrigo
NAMA Andrea Kimi Antonelli tiba-tiba ‘dipadankan’ dengan Olivia Rodrigo selepas video tular mencetuskan spekulasi kononnya bintang muda Mercedes itu hadir menyaksikan konsert penyanyi tersebut.
Bagaimanapun, jangan terlalu teruja kerana tiada pengesahan mereka sedang bercinta. Buat masa ini, Kimi dan Olivia nampaknya sekadar ‘fan fiction’ nakal peminat yang mahu melihat F1 bertemu dunia pop. Difahamkan, buat masa sekarang, Kimi masih ‘single’ dan tidak terikat komitmen dengan mana-mana wanita.

George Russel – Carmen Montero Mundt
TIDAK terlalu menjaja kisah peribadi, George Russell dan Carmen Montero Mundt sudah menyulam cinta sejak sekitar 2020. Carmen juga sering kelihatan di ‘paddock’ memberikan sokongan kepada pelumba Mercedes itu.
Selepas bertahun-tahun bersama mengharungi turun naik dunia perlumbaan, hubungan mereka akhirnya melangkah ke fasa lebih serius apabila Russell melamar Carmen, sekali gus menggembirakan peminat pasangan tersebut.

Charles Leclerc – Alexandra Saint Mleux
KETAMPANAN Charles Leclerc juara di mata ramai, namun hati pelumba Ferrari itu sudah lama dicuri si jelita Alexandra Saint Mleux. Hubungan mereka mula menjadi perhatian umum sekitar 2023.
Alexandra yang cukup menyerlah dengan gaya elegan juga kerap mencuri perhatian setiap kali muncul di paddock. Daripada sekadar teman istimewa, kisah cinta mereka akhirnya dibawa ke fasa lebih serius.

Lewis Hamilton – Kim Kardashian
Siapa sangka dua nama gergasi daripada dunia berbeza boleh mencetuskan percikan cinta? Lewis Hamilton kini hangat dikaitkan dengan bintang realiti dan usahawan terkenal, Kim Kardashian. Sekiranya benar, mereka sememangnya layak digelar ‘power couple’.
Seorang legenda F1 dengan tujuh kejuaraan dunia, manakala seorang lagi memiliki empayar perniagaan dan pengaruh luar biasa dalam dunia hiburan.

Max Versatappen – Kelly Piquet
Bukan sekadar hebat mengendalikan jentera, juara dunia Max Verstappen turut bertuah dalam percintaan apabila memiliki Kelly Piquet yang setia menemani perjalanan kariernya sejak mereka bercinta sekitar 2020.
Kelly bukan nama asing dalam dunia permotoran kerana merupakan anak legenda F1, Nelson Piquet. Hubungan mereka semakin lengkap selepas menyambut kelahiran cahaya mata perempuan, Lily pada Mei 2025.
The post 5 ‘hotstuff’ ratu di hati pelumba F1 appeared first on Kosmo Online.






