Cuba ambil kasut dicampak atas bumbung, murid jatuh koridor sekolah. 'Ketika itu siap nak balik'

7 May 2026 • 4:33 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Cuba ambil kasut dicampak atas bumbung, murid jatuh koridor sekolah. 'Ketika itu siap nak balik'
Foto: Ihsan Sinar Harian dan gambar hiasan

MALANG tidak berbau, seorang murid Tahun Lima sebuah sekolah di Batu Berendam, Melaka dipercayai terjatuh dari koridor bangunan sekolah ketika cuba mengambil kasutnya yang dicampak ke atas bumbung.

Memetik Sinar Harian, kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun berkenaan dikatakan tergelincir sebelum terjatuh ketika insiden berlaku sekitar waktu tengah hari.

Menurut sumber, dia mengetahui kejadian tersebut daripada adiknya ketika mengambil kanak-kanak itu pulang dari sekolah.

“Ketika kejadian, semua murid sedang bersiap untuk pulang.

“Murid yang terjatuh itu dipercayai cuba mengambil semula kasutnya yang dicampak ke atas bumbung sebelum tergelincir dan jatuh,” katanya.

Difahamkan, keadaan cuaca hujan ketika itu menyebabkan kawasan lantai dan bumbung menjadi basah dan licin.

Kanak-kanak berkenaan dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut, namun keadaan terkini masih belum diketahui.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Christopher Patit mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan sebelum sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan.

 

Video : TikTok @norainimahmood916

Muzik: Last Ghost Instrumental (SoundStripe)">